Kelas Keusahawanan bersama Mary Kay dan Advokasi
22 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2019 telah diadakan program keusahawanan bersama Mary Kay dan turut diselitkan kempen advokasi iaitu Semak Label Anda dan E-sisa. Program ini telah dihadiri seramai tiga belas orang peserta dan dua orang wakil dari Mary Kay yang mengajar teknik asas solekan. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan para peserta untuk menjadi usahawan. Kelas Mary Kay bersama Miss Diana Lo yang merupakan Independent Senior Sales Director ini sangat bermanfaat kerana beliau turut membuat perkongsian cara menjalankan urus niaga secara atas talian.
Berikut merupakan aturcara program pada hari tersebut:
1) Perkongsian tentang produk Mary Kay dan cara berniaga secara atas talian
2) Demonstrasi asas solekan
3) Kelas solekan bersama peserta
4) Perkongsian daripada peserta selepas kelas
5) Cabutan nama bertuah dari Mary Kay
5) Advokasi
- Semak Label Anda
- E-sisa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: